Followers

Sunday, 5 June 2011

Dayana AZ Giveaway, My Favourite Number!


klik banner untuk join...

Nombor kegemaran saya ialah 7 kerana banyak perkara disebalik nombor 7 dalam Islam...nombor 7 mmg xde kaitan ngn my birthday or tarikh2 penting tp dr kecik ag saya selalu pikir yg nombor 7 banyak sgt rahsia Allah...






1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit, Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.(AnNabaa’:12). Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang, firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya.

2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud : Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.. (Atthalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..(Luqman: 27)

3. Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu : Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh ointu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Al-Hijr:44)

4. Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnyaKami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung. (Al-Hijr: 87).

5. Allah menghiasi manusia dengan tujuh angggota badan iaitu, dua tangan , dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah). (Al-’Alaq : 19).

6. Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut “radli”, kemudian ‘farhim’, kemudian ‘kuhul’, kemudian ’syaikh’. Dan menghiasi tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu : Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. (Al-Fath :26)

7. Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu : pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga : Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat : Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam : Negeri Ya’juj dan Ma’juj, ketujuh : China dan Turkistan. Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari ahad, Dawud a.s dengan a.s dengan hari isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari selasa, Nabi Ya’qud a.s dengan hari khamis dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari jumaat.



ok..cube korang pikir disebalk nombor 7 :-
-7 pintu neraka
-7 pintu syurga
-7 kali pusingan tawaf Kaabah
-kanak2 diperintah solat umur 7 tahun
-7 Saie juga 7 kali
-ayat surah al- fatihah 7 ayat
-Lontar di Jamrah 7 biji batu
-7 lautan
-7 lapisan langit
-Dalam al-quran 7 tempat sujud
-Takbir hari raya 7 kali

-7 golongan dibawah Allah swt:
1) imam yang adil
2)Pemuda yg sentiasa beribadat
3)Lelaki yang merindui masjid
4)Lelaki yang membawa urusan berkenaan
Allah SWT
5)Lelaki yang menolak zina
6)Lelaki yang menangis kerana ALLAH
SWT di tempat sunyi
7)Lelaki yang bersedekah tetapi tidak
kecoh dgn pendermaan tersebut.

-Pencapaian ilmu hanya ke bintang tujuh.
-Sinaran cahaya juga 7 lapisan
-7 hari seminggu
-7 benua
-7 warna utama


~~ nombor mane2 pown,sume ada rahsia disebaliknya ~~
bagi saya.nombor 7 sangat unik..hanya Allah yang mengetahui...

hadiah ditaja oleh mereka2 dibawah ini....
  • ButikPinkku yang akan sponsor , shawl semestinya ! Berapa ? Korang percaya tak 10 ! I repeat SEPULUH ! 

  • Syafeika Edora yang akan sponsor, 1 chibidle (SE made doodle) worth RM 10 untuk seorang blogger.

  • Lulu Caldina yang bermurah hati untuk memberi review blog untuk 2 orang (sticky post selama 24 jam) ! Buat blogger yang ada banner, boleh tampal dekat LULU PAGES selama sebulan.

  • Mas Ahmad Safwan yang insyaAllah akan sponsor beg duit, maybe purse, maybe wallet.

  • Sylista Fashion akan beri pilihan 2 daripada 3 hadiah (2 pairs of earring, Canon Ink for Printer, Buku 'Buat Duit dengan Foto' published by PTS) 





  •  TUTUP GA : 25 JUNE 2011


    .................................................

    2 00 menaip disini:

    Dayana AZ said...

    dayana baru perasan :). terima kasih! good luck!

    nazira said...

    hai.. gud luck k..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/